Mungkin bukan baru untuk korang baca entry ini. Tapi, ini adalah salah satu yang membantu aku jana pendapatan dari rumah bertahun-tahun. Masing-masing punya citarasa kan? Syukur Alhamdulillah, air tangan aku untuk kuih ni memang dapat sambutan yang terbaik.
Terima kasih Allah sebab buka jalan untuk aku hasilkan menu yang menjadi pilihan ramai. :)
Ini aku kongsikan resepi dan tips yang dah aku apply. Untuk pengetahuan korang, aku pun bukan dengan sekali percubaan je menjadi tau. Memang berkali-kali. (takde dalam simpanan plak gambar masa mula-mula buat dlu. Tengok balik pun, boleh gelak sendiri). So, kalau korang buat sekali tak jadi tu, jangan mengalah okey. Practice makes perfect, Percayalah).
Nona Manis Pandan (untuk perasa lain, cuma tukar pada air pandan dan pewarna makanan)
Bahan A:
1 cawan Santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula
* Sebatikan bahan-bahan di atas dan ketepikan
Bahan B:
1/2 cawan air pandan (Blend daun pandan dengan air)
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
sedikit pewarna hijau
* Sebatikan semua dahulu dalam periuk
* Buka api kecil dan gaul sentiasa sampai pekat
* Tutup api
* Masukkan adunan Bahan A dan gaul sebati. Jangan berketul tau.
* Kalau berketul, sila blender....
Bahan C (Untuk santan putih)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam halus
* Larutkan dahulu tepung gandum, garam dan santan. Pastikan rasa garam sehingga naik rasa lemak (Ini rahsia penting untuk rasa kuih ini keseluruhan)
* Tapis dan pastikan tepung gandum tidak berketul
* Masak sehingga pekat. Sentiasa kacau! Jangan tinggal tau
* Tutup api dan sejukkan. Boleh dimasukkan ke dalam botol muncung satu. Untuk memudahkan nak paipkan adunan putih ke tengan adunan nanti.
# Masukkan adunan hijau ke dalam bekas lompang yang telah disapu minyak.
# Masukkan 3/4 bekas
# Paipkan adunan putih ke tengan adunan hijau. (Agak-agak tau. Jangan terlalu kuat. Boleh cuba google di youtube). Supaya adunan putih tak jejak sampai ke dasar bekas.
# Hasil pekat santan putih juga memainkan peranan untuk kejadian kuih yang cantik.
# Selamat mencuba dan semoga berjaya. :)
Nampak menarik kan?
Selamat mencuba dan semoga korang yang cuba untuk tambah pendapatan, di murahkan rezeki. Doakan dimurahkan rezeki untuk saya jugak yer. Saya halalkan resepi ni untuk tatapan semua.





No comments:
Post a Comment