Bismillah....
Tiada kata yang mampu terucap dikala menerima panggilan 'duka'. Selalunya hanya aku titip doa setiap kali suami keluar bekerja dan balik kerja akan diselamatkan perjalananya. Bukan satu jarak yang dekat ulang alik dari Sendayan - Subang. Dan petang dari Subang - Sendayan. Dengan berteman sebiji Motor LC.
.
Tetapi, malang tak berbau. 18hb Februari 2020, ditakdirkan suami mengalami kemalangan kecil. Tetapi besar impaknya. Mungkin orang lain masih boleh mengatakan, sikit je tu. Tapi, hanya sesiapa yang mengalaminya sahaja akan faham situasi.
.
Petang hari kejadian, dalam pukul 6 petang, suami ada call dan info yang dia tak balik sebab letih dan masih ada kerja. Ya, aku ok aje. Tiba-tiba dalam jam 8 malam suami call dan beritahu dia jatuh motor dengan 3 lagi rakan, Semaun dan Aidil. Menggigil satu badan. Tapi sedikit lega sebab dia cakap, dia tak apa-apa.
.
Update dari semasa ke semasa. Dari menunggu kawan-kawan datang membantu, ambil motor dan mereka semua ke Klinik Kesihatan Sendayan. Tapi, tiada yang bertugas dan kes mereka ditolak ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Elok-elok kita kat rumah tak berapa risau, menjadi semakin risau. Yang takde apa-apa, tapi kena tolak sampai ke Hospital. Korang rasa?
.
Takpe, masih cuba menenangkan diri. Dari jam 8 malam (masa awal dapat tahu) sampai lah pukul 2 pagi. Dari bateri fon ok sampai dah kong (putus hubungan). Masa ni hanya dok wasap dengan bini Semaun. Tapi, sama... Bateri masing-masing dah OUT. So, aku dengan bini Semaun hanya meluahkan rasa risau masing-masing je. Dan menanti kepulangan suami masing-masing dengan selamat ke rumah.
.
.
Dan sesampainya di rumah. Baru lah perasaan lega tu ada. Sekurang-kurangnya dah dapat tengok suami dengan mata sendiri. Syukur. Luka-luka dan bengkak-bengkak itu biasa lah lepas jatuh motor.
.
Jom lah kita scroll gambar-gambar dan cerita di sebalik gambar-gambar berkaitan.
.
.
19.02.2020. Keesokannya bawak semula suami ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk buat Xray. Tapi, dekat KK Sendayan takde Xray, kami kena pergi ke KK Seremban 2. Dapat result, patah balik ke KK Sendayan.
Kami agak, hanya Dislocated (terkeluar). Acah-acah macam doktor, haha. Pandai-pandai je tengok result Xray ni. Tapi, result yang doktor sahkan dapat adalah 'Patah'. sob..sob... 😢
So, doktor KK Sendayan terus buat surat untuk ke Hospital. Sedia untuk Check In hospital untuk next treatment...
20.02.2020 - Khamis. Pagi tu lepas hantar anak sekolah. Terus bawa suami ke HTJ Seremban untuk next treatment. Redha jelah apa kata doktor. Masa ni kat Emergency. Doktor tengah explain pasal patah tu. Yang pastinya, doktor dah cakap kena Admit Ward. ok, ok...... Redha....
Sebelum admit ward, kena simen dlu. Tak pasti apa tujuan, tapi doktor cakap hasil dari Xray tu, selain patah dan dislocated ada jarak antara tulang yang patah tu. So, kita ikut jelah keputusan doktor....
Tangan suami dan kawan yang sama kemalangan jugak, Aidil. Tapi, beliau retak je. Lepas doktor simen, dah boleh balik......
Muka senyum? hanya sekadar menutup duka di hati....😢
Masih mengharap ada keajaiban dan kesembuhan..
Masa kat wad, aku temankan dia. Anak-anak dah selamat kitorang cuti kan sekolah dan abah datang ambil bawak dorang balik kampung. Rindu anak-anak. Tapi, demi kesembuhan kamu wahai suami, aku korbankan rindu pada anak-anak. Masa kat wad, kitorang memang asik merayap. Kejap-kejap keluar minum. Kejap-kejap pegi jalan-jalan.
Terima kasih antara yang dah datang melawat masa kat wad. Ada lagi yang tak sempat ambil gambar.
Antara aktiviti kitorang kat Hospital. :)
22.02.2020 - Ahad. Ini sebelum ke Wad Bedah. Bukan kata dia je Berdebar. Kita yang temankan dia pun macam tu. Tapi, cuba kawal depan dia. Kitorang tau, yang kitorang masing-masing cuba sembunyikan perasaan takut tu. Nampak kecik, tapi dah namanya ke Dewan Bedah. Tapi, hanya doa yang baik-baik je.
Doktor kata pembedahan nya tak lama. Mungkin ambil masa dalam setengah jam camtu. Tapi, 1 jam dah berlalu... Pintu itu masih lagi tertutup rapat. Penantian aku masih lagi samar-samar. Tak menunjukkan yang dia akan keluar. Selepas 2 jam, baru aku nampak Nurse dari wad 4B datang. Hilang rasa berdebar 2 jam aku menanti sorang-sorang tadi.
Selepas operation. Kerap jugak rasa sakit. Cuma bertahan dengan ubat tahan sakit. Bertabahlah sayangku. Allah uji kerana Dia sayang. Dan supaya kita tak sesekali melupakanNya.
Ini lah rupa selepas pembedahan. Masukkan K Wire. Nanti selepas 4-6 minggu akan dibuka semula. Mudah-mudahan Allah beri kesembuhan buat suami. Dan diberi kekuatan untuk aku menguruskan segala kerja yang suami tak dapat laksanakan buat sementara waktu. Doakan aku juga ye.
















No comments:
Post a Comment