Monday, 15 February 2021

Zakat Duit Pengeluaran I-Sinar Kwsp

 



Salam I-Sinar,

Pernahkah kita terfikir tentang pembayaran zakat dari duit hasil pengeluaran I-Sinar. Bukan satu jumlah yang kecil. Bagi yang membuat pengeluaran Rm10k (10 ribu). Walaupun pengeluaran secara berturut dan bukan sekaligus, tetapi kita dah tau jumlah nya berapa. Dalam agama pun ada menyebut tentang pembayaran zakat. Jadi, tak salah jika kita mengambil tahu secara mendalam. Bukan banyak pun. Mudah-mudahan dengan keberkatan membayar zakat, rezeki kita dilipatgandakan lagi. Mana tahu kan, Wallahualam.

Kenyataan ini saya 'salin' dari facebook saya. Kenyataan ini telah menarik perhatian hasil pembacaan saya. Dan saya rasa post ini bagus untuk saya panjang-panjangkan dan kongsikan kepada pembaca. Bukan untuk I-Sinar sahaja. Banyak dari hasil lain juga yang booleh kita zakatkan. Mudah-mudahan rezeki kita lebih berkat.

**

Alhamdulillah, susulan pengumuman terbaru kerajaan mengenai pengeluaran I-sinar.
Saya cuma ingin mengingatkan bahawa 2.5% daripada pengeluaran tersebut bukanlah bahagian kita.
Ia adalah 'bahagian orang lain' yang perlu kita serahkan pada lembaga zakat negeri masing-masing.
Yang keluarkan Rm10,000 tu perlu ingat Rm250 adalah hak orang lain.

Bulan 1 = bayar zakat Rm125
Bulan 2 = bayar zakat Rm25
Bulan 3 = bayar zakat Rm25
Bulan 4 = bayar zakat Rm25
Bulan 5 = bayar zakat Rm25
Bulan 6 = bayar zakat Rm25

Rm9,750 yang diterima tu gunakanlah sebaik-baiknya ya.
P/s : Hati-hati sebab scammer akan muncul juga bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Tambabhan : 12022021/ 1052 Hr GMT+8
Macam mana nak tahu kita wajib bayar zakat atau tidak? Kita kumpulan 1 @ 2? Sekiranya kita 'masih cukup' dan 'mampu hidup seperti biasa tanpa duit KWSP', maka kita wajib berzakat sebab ia adalah lebihan.

**

Alhamdulillah, sekian perkongsian tentang Zakat dari duit I-sinar. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Kredit penulisan kepada Muhamad Rizqan Aizzaini Ramlan dari Facebook.
Salam buat semua.

No comments:

Post a Comment