Friday, 29 May 2020

Bihun Noxxa



Alhamdulillah, siap percubaan pertama Bihun Noxxa pagi ni. 🍜

Betul la mudah ada 'bibik' ni. Benda baru, ofkos ada rasa tak yakin. Boleh ke masak ni, tak hangit ke.Tipu lah kalau aku terus je yakin nak guna dengan jayanya.

Berkali-kali bukak "Resepi bersama Noxxa" kat Facebook Group. Bukan sekadar nak ambil resepi tapi untuk tambah ilmu pasal 'Bibik Moden' ni dari otai-otai yang ada dalam tu. Yang penting kena berani "try & error". Jangan takut mencuba.

Ok lah, jom aku share cara nak buat bihun Noxxa ni. Resepi yang disekalikan ni ikut pada korang la k. Mungkin masing-masing ada resepi tersendiri. Jadi, terserah kepada cara masing-masing.

Pertama, aku siap² cuci bihun 1 bungkus.
Sawi pun da siap potong.
Tahu 1½ siap goreng dan potong kecil².
Sedikit taugeh.
Bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, lada mesin, ikan bilis)
Bahan lain; garam halus, serbuk perasa, sos tiram, kicap masin, kicap manis)

  • Siapkan Inner Pot. Pastikan kering.
  • On suis dan tekan 'Stir Fry'.
  • Masukkan minyak masak. 
  • Minyak da panas, masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing.
  • Masukkan bahan lain. Perasakan ikut masing-masing.
  • Masukkan sawi. Biarkan layu.
  • Masukkan bihun yang dah dicuci dan air. Saya sukat bawah dari bihun. Jangan banyak sangat, nanti lembik. (Senang cerita, agak-agak. Kalini saya saya guna bihun lain, dan dan nampak agak keras jadi saya lebihkan air)
  • Tutup periuk. Pusingkan tombol ke arah 'Steam'.
  • Cancel kan 'Stir Fry'.
  • Tekan 'Steam' 4 minit. (Memang akan ada bunyi beep, beep. Biarkan je tau. 😅
  • Sampai timer stop. Bukak tutup dan gaul rata. 
  • Masukkan taugeh dan tahu. Gaul sekejap.
  • Saya tutup kembali periuk dan 'Steam' lagi 2 minit utk lembutkan taugeh.
  • Siap untuk dihidang. Bihun pun lembut.

* Kadang-kadang ada bihun yang agak keras walaupun dah 'Steam' 4 minit. Jadi, boleh cuba tambah air sikit lagi dan tambah lagi waktu 'Steam'. InsyaAllah akan menjadi. Tapi, kena ingat tau. Jangan takut mencuba. Bibik moden ni akan memudahkan kerja anda. Cuma, kena BERANI. Hehe 😁

Selamat mencuba ye. Ini saya sertakan video dan beberapa gambar.

Ni ada video masa stir fry bahan tumbuk.

Ni lepas masuk sawi. Biarkan layu.

Masukkan bihun dan air. Air bawah sikit dari bihun tu. Jangan banyak sangat, kalau masih keras boleh tambah air dan masa steam. Kalau dah terlembik, tak dapat nak tolong da. 😅

Steam 4 minit. Tapi, terlewat ambil gambar. Hehehe. 

Ini lah hasil bihun dengan bibik Noxxa. Ok je ni. Mungkin mula-mula akan rasa kekok, percayalah da biasa nanti, mesti ok punya 👍👍

Kesimpulannya, jangan takut mencuba. Hasil nya pasti Kebaboommmm.
♥️♥️

Friday, 15 May 2020

Unboxing Noxxa


Tak sangka time-time Pkp ni dapat seketul idaman hati. Rezeki terpijak betul ni. Sedang-sedang elok sampai, hari nak dekat raya. Ada kat kampung plak tu.

Ni hasil kena racun dengan kakak biras ku lah ni. Akhirnya, suami beri izin serta duit wehh.. Semoga Allah tambahkan lagi rezeki suamiku dengan melimpah ruah.

Buat masa ini, gadget dapur ku dah cukup. Rasanya belum sebulan beliau belanja Air Fryer Nakada tu.

Pasni kalau malas masak jugak, dia cakap tak patut sungguh 😂.

Cubaan pertama kali, masak air. Dup dap first time guna. Takut meletop. Haha

Masa tengok kotak ni, rasa macam mimpi. Yelah, gadget idaman kotttt.

Air Fryer Nakada. Ambil masa sikit nak masak sebab besar. 😅

Buat masa ni, gadgat dapur dah cukup.
☑️ The Baker Mixer 6.5L
☑️ Midea Oven (terlupa berapa L, tp besar)
☑️ Trio Steamer 3 tier
☑️ Nakada Air Fryer
☑️ Noxxa


Ada satu je lagi request buat masa ni, iaitu Vacuum. Hehe. InsyaAllah suami dah ba
gi green light, tapi belum tau bulan bila. Kita tunggu aje lah. Kot dia nak buat Suprise. ðŸĨ°

Monday, 11 May 2020

Miscarriage. Anak Syurga Ibu Ayah


8 May 2020.

Entry ini luahan yang agak panjang. Jujur nya memang tak sedar langsung kehadiran baby ni. Yelah, dah masuk tahun kelima 'kosong' tanpa perancang atau merancang. Aku dan suami, memang serahkan bulat-bulat pada Allah.

Sampai lah, aku memang dah rasa pelik sangat badan ni. Dengan asyik rasa nak muntah. Suami cakap, pergilah beli tester tu. Saya rasa awak pregnant. So, pergilah farmasi. Beli Pregnancy Test. Taraaaaa, ni hasilnya ⬇️

Memang positif. So, happy lah kami. Aku berangan nak dikurniakan anak perempuan utk masa ini. Mana tau, rezeki kan. So, bermula lah 'Third Pregnancy Journey'.

Berjuang dengan mabuk yang agak teruk berbanding abang-abang. Badan agak lembik. Instict seorang ibu, mengatakan yang ni mungkin anak perempuan. Asyik la belek-belek gambar si gegurl kat fb (kebetulan asyik la lalu-lalang).

Scan kat kat klinik lepas buat test yang beli dekat farmasi tu. So, confirm. Doktor anggarkan time ni 8 week. Sebab terlupa rekod last period. ðŸĪŠ

Day by day, tempuh la dengan mabuk. Macam-macam sakit yang pelik-pelik. Rupanya, Allah dah aturkan sesuatu untuk kandungan kali ini. Dia bagi pinjam sekejap aje. 

Isnin lepas, uruskan hal dari Subang ke Sendayan dan balik semula ke Melaka. Masa ni lah start keluar darah. Tak banyak masa awalnya.
Tapi, pergi jugak ke klinik. Doktor scan, katanya takde apa. Tapi, kalau masih berlanjutan dinasihatkan untuk dapatkan rawatan lanjut.

Makin teruk, Khamis tu decide pergi ke Pakar Sakit Puan. Setelah dapat khidmat nasihat dari kawan-kawan nurse, dorang suggestkan pergi Klinik Raja kat Muar.
Terus pergi sana. Sampai sana, scan dan doktor scan dan sahkan kantung dah rosak. Terus cakap, boleh pergi Hospital untuk next step.

😭😭😭



Redha la kena check in. Dengan harapan semuanya berjalan lancar. Tak kuat.

Masa ni, pengalamannya sama dengan nak bersalin. Contraction sama nak bersalin, cuma yang aku rasa ni tak lama. Lepas makan petang, mula ada rasa sakit. Tapi lambat-lambat. Setengan jam sekali. Pastu 15 minit sekali. Dalam pukul 8, start makin kerap. Sampai la kemuncak memang rasa nak bersalin tu, kawan-kawan sebelah katil tolong panggil kan nurse. Doktor datang check. Masa tu memang tak jangka lagi akan keluar, tapi mintak doktor ubat tahan sakit. Masa doktor tengah nak ambil ubat, terasa ada 'benda' keluar. Rupanya dia dah keluar. Alhamdulillah. Doktor datang lagi and memang dia sahkan janin tu dah keluar. 

Besar ibu jari je dia. Tak sempat besar ye. Nanti jemput ibu, ayah kat pintu Syurga ye adik. Pergilah main-main dengan gembira kat sana. 


Biasalah kan, dah biasa kat rumah makan malam. Kat hospital makan petang. Memang lapar tengah malam la jawabnya. ðŸĪĢðŸĪĢ



Terima kasih sebab selalu ada. Saja nak manja-manja suruh tolak wheelchair. Padahal, tangan dia pun tak ok. 😜

Sebelum balik, kita ambil 'dia' dulu.

Atok bawak adik pergi kubur Makcik Habsah. Adik rehat la ye. Bermain-main la di Taman Syurga ye sayang. Ibu redha adik dipinjam kan sekejap dengan ibu. Ibu harap adik 'perempuan'. Ibu teringin sangat nak baby perempuan. Mungkin belum rezeki ibu dan ayah.

Selamat tinggal sayang. 💗💗

Friday, 6 March 2020

Duka ðŸ˜Ģ



Penat..

Adakala aku terluka,
Ada kala aku lelah,
Adakala aku penat,

Tapi semuanya selalu tak terluah.
Diluah bersalah,
Disimpan ku resah.

Inilah hakikatnya seorang manusia,
Selalu rasa pendam itu yang terbaik.
Takut, jika diluah. Luka itu bertambah dalam.
Penat itu menjadi nanah.

Tapi,
Aku risau, jika yang disimpan itu menjadi parah.
Sampai satu saat nanti, aku tak lagi mampu untuk meluah.
Meletup bagai kan atom memusnah bumi.

Maka,
Aku ambil jalan mudah.
Meluah di sini.
Dengan harapan parah di hati, terpadam sendiri.
Hanya itu segunung harapan.

Jika dulu,
Aku suka ke pantai,
Meluah pada ombak yang menghempas pantai.
Dengan desiran ombak, buat aku tenang.
Ibarat lelah yang ada ikut pergi bersama si ombak yang jauh ke tengah laut.
Dan kembali lah aku dengan hati yang tenang.

Demikian lah coretan duka hari ini.
Semoga selepas ini, aku tinggalkan duka ku disini.
Usah ada lagi lelah dan duka di dalam hati.
Selamat tinggal duka.

Tuesday, 3 March 2020

Nona Manis

 Salam buat semua,

Mungkin bukan baru untuk korang baca entry ini. Tapi, ini adalah salah satu yang membantu aku jana pendapatan dari rumah bertahun-tahun. Masing-masing punya citarasa kan? Syukur Alhamdulillah, air tangan aku untuk kuih ni memang dapat sambutan yang terbaik.

Terima kasih Allah sebab buka jalan untuk aku hasilkan menu yang menjadi pilihan ramai. :)

Ini aku kongsikan resepi dan tips yang dah aku apply. Untuk pengetahuan korang, aku pun bukan dengan sekali percubaan je menjadi tau. Memang berkali-kali. (takde dalam simpanan plak gambar masa mula-mula buat dlu. Tengok balik pun, boleh gelak sendiri). So, kalau korang buat sekali tak jadi tu, jangan mengalah okey. Practice makes perfect, Percayalah).

Nona Manis Pandan (untuk perasa lain, cuma tukar pada air pandan dan pewarna makanan)

Bahan A:
1 cawan Santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula

* Sebatikan bahan-bahan di atas dan ketepikan

Bahan B:
1/2 cawan air pandan (Blend daun pandan dengan air)
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
sedikit pewarna hijau

* Sebatikan semua dahulu dalam periuk
* Buka api kecil dan gaul sentiasa sampai pekat
* Tutup api
* Masukkan adunan Bahan A dan gaul sebati. Jangan berketul tau.
* Kalau berketul, sila blender....

Bahan C (Untuk santan putih)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam halus

* Larutkan dahulu tepung gandum, garam dan santan. Pastikan rasa garam sehingga naik rasa lemak (Ini rahsia penting untuk rasa kuih ini keseluruhan)
* Tapis dan pastikan tepung gandum tidak berketul
* Masak sehingga pekat. Sentiasa kacau! Jangan tinggal tau
* Tutup api dan sejukkan. Boleh dimasukkan ke dalam botol muncung satu. Untuk memudahkan nak paipkan adunan putih ke tengan adunan nanti.

# Masukkan adunan hijau ke dalam bekas lompang yang telah disapu minyak.
# Masukkan 3/4 bekas
# Paipkan adunan putih ke tengan adunan hijau. (Agak-agak tau. Jangan terlalu kuat. Boleh cuba google di youtube). Supaya adunan putih tak jejak sampai ke dasar bekas.
# Hasil pekat santan putih juga memainkan peranan untuk kejadian kuih yang cantik.
# Selamat mencuba dan semoga berjaya. :)






Nampak menarik kan?
Selamat mencuba dan semoga korang yang cuba untuk tambah pendapatan, di murahkan rezeki. Doakan dimurahkan rezeki untuk saya jugak yer. Saya halalkan resepi ni untuk tatapan semua.

Berita Duka

Bismillah....

Tiada kata yang mampu terucap dikala menerima panggilan 'duka'. Selalunya hanya aku titip doa setiap kali suami keluar bekerja dan balik kerja akan diselamatkan perjalananya. Bukan satu jarak yang dekat ulang alik dari Sendayan - Subang. Dan petang dari Subang - Sendayan. Dengan berteman sebiji Motor LC.
.
Tetapi, malang tak berbau. 18hb Februari 2020, ditakdirkan suami mengalami kemalangan kecil. Tetapi besar impaknya. Mungkin orang lain masih boleh mengatakan, sikit je tu. Tapi, hanya sesiapa yang mengalaminya sahaja akan faham situasi.
.
Petang hari kejadian, dalam pukul 6 petang, suami ada call dan info yang dia tak balik sebab letih dan masih ada kerja. Ya, aku ok aje. Tiba-tiba dalam jam 8 malam suami call dan beritahu dia jatuh motor dengan 3 lagi rakan, Semaun dan Aidil. Menggigil satu badan. Tapi sedikit lega sebab dia cakap, dia tak apa-apa.
.
Update dari semasa ke semasa. Dari menunggu kawan-kawan datang membantu, ambil motor dan mereka semua ke Klinik Kesihatan Sendayan. Tapi, tiada yang bertugas dan kes mereka ditolak ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Elok-elok kita kat rumah tak berapa risau, menjadi semakin risau. Yang takde apa-apa, tapi kena tolak sampai ke Hospital. Korang rasa?
.
Takpe, masih cuba menenangkan diri. Dari jam 8 malam (masa awal dapat tahu) sampai lah pukul 2 pagi. Dari bateri fon ok sampai dah kong (putus hubungan). Masa ni hanya dok wasap dengan bini Semaun. Tapi, sama... Bateri masing-masing dah OUT. So, aku dengan bini Semaun hanya meluahkan rasa risau masing-masing je. Dan menanti kepulangan suami masing-masing dengan selamat ke rumah.
.
.
Dan sesampainya di rumah. Baru lah perasaan lega tu ada. Sekurang-kurangnya dah dapat tengok suami dengan mata sendiri. Syukur. Luka-luka dan bengkak-bengkak itu biasa lah lepas jatuh motor.
.
Jom lah kita scroll gambar-gambar dan cerita di sebalik gambar-gambar berkaitan.
.
.

19.02.2020. Keesokannya bawak semula suami ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk buat Xray. Tapi, dekat KK Sendayan takde Xray, kami kena pergi ke KK Seremban 2. Dapat result, patah balik ke KK Sendayan. 


Kami agak, hanya Dislocated (terkeluar). Acah-acah macam doktor, haha. Pandai-pandai je tengok result Xray ni. Tapi, result yang doktor sahkan dapat adalah 'Patah'. sob..sob... ðŸ˜Ē
So, doktor KK Sendayan terus buat surat untuk ke Hospital. Sedia untuk Check In hospital untuk next treatment...


20.02.2020 - Khamis. Pagi tu lepas hantar anak sekolah. Terus bawa suami ke HTJ Seremban untuk next treatment. Redha jelah apa kata doktor. Masa ni kat Emergency. Doktor tengah explain pasal patah tu. Yang pastinya, doktor dah cakap kena Admit Ward. ok, ok...... Redha....


Sebelum admit ward, kena simen dlu. Tak pasti apa tujuan, tapi doktor cakap hasil dari Xray tu, selain patah dan dislocated ada jarak antara tulang yang patah tu. So, kita ikut jelah keputusan doktor....


Tangan suami dan kawan yang sama kemalangan jugak, Aidil. Tapi, beliau retak je. Lepas doktor simen, dah boleh balik...... 


Muka senyum? hanya sekadar menutup duka di hati....ðŸ˜Ē
Masih mengharap ada keajaiban dan kesembuhan..





Masa kat wad, aku temankan dia. Anak-anak dah selamat kitorang cuti kan sekolah dan abah datang ambil bawak dorang balik kampung. Rindu anak-anak. Tapi, demi kesembuhan kamu wahai suami, aku korbankan rindu pada anak-anak. Masa kat wad, kitorang memang asik merayap. Kejap-kejap keluar minum. Kejap-kejap pegi jalan-jalan. 


Terima kasih antara yang dah datang melawat masa kat wad. Ada lagi yang tak sempat ambil gambar. 


Antara aktiviti kitorang kat Hospital. :)


22.02.2020 - Ahad. Ini sebelum ke Wad Bedah. Bukan kata dia je Berdebar. Kita yang temankan dia pun macam tu. Tapi, cuba kawal depan dia. Kitorang tau, yang kitorang masing-masing cuba sembunyikan perasaan takut tu. Nampak kecik, tapi dah namanya ke Dewan Bedah. Tapi, hanya doa yang baik-baik je.


Doktor kata pembedahan nya tak lama. Mungkin ambil masa dalam setengah jam camtu. Tapi, 1 jam dah berlalu... Pintu itu masih lagi tertutup rapat. Penantian aku masih lagi samar-samar. Tak menunjukkan yang dia akan keluar. Selepas 2 jam, baru aku nampak Nurse dari wad 4B datang. Hilang rasa berdebar 2 jam aku menanti sorang-sorang tadi. 


Selepas operation. Kerap jugak rasa sakit. Cuma bertahan dengan ubat tahan sakit. Bertabahlah sayangku. Allah uji kerana Dia sayang. Dan supaya kita tak sesekali melupakanNya.


Ini lah rupa selepas pembedahan. Masukkan K Wire. Nanti selepas 4-6 minggu akan dibuka semula. Mudah-mudahan Allah beri kesembuhan buat suami. Dan diberi kekuatan untuk aku menguruskan segala kerja yang suami tak dapat laksanakan buat sementara waktu. Doakan aku juga ye.